Friday 26 October 2012

Seni Visual: Teknik Capan


Objektif utama teknik ini adalah untuk memupuk minat and kreativiti individu dalam menghasilkan kerja seni visual dengan menggunakan bahan semula jadi.  


Capan ialah sejenis teknik megecap dengan menggunakan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza berbanding dengan cetakan kerana ia tidak memerlukan blok cetakan. Contoh bahan yang boleh digunakan adalah seperti cap jari atau kaki, cap tangan atau tapak kaki, bendi, dahan buah betik, peria, bawang, daun bunga-bungaan dan buah belimbing. Sayuran seperti kentang dan lobak juga boleh diguna dalam teknik capan. Ukiran boleh dibuat berdasarkan kreativiti and kemahiran individu. Pelbagai corak boleh diperolehi melalui teknik ini.

Dalam process ini, individu haruslah berhati-hati semasa menggunakan pisau untuk memotong dan jaga kebersihan supaya hasil seni tidak terlalu kotor. 

Berikut adalah contoh hashil seni visual daripada teknik capan;

    Hasil daripada bendi, dahan betik dan lain-lain.
                                         
                                   

 Hasil daripada tapak tangan.

                                       
 Hasil daripada kacang panjang dan bendi.

 Hasil capan daripada ukiran pada kentang dan lobak.

 Hasil daripada bendi dan kacang panjang.

                                   Cara-cara menyediakan bahan capan and menghasilkan capan.

Di samping itu, teknik capan boleh digunakan dalam penghasilan corak pada apron, baju dan beg. Video-video berikutnya menunjukkan kegunaan teknik capan di luar sekolah.





    Kesimpulannya, teknik capan sememangnya senang dibuat dan dapat meghasilkan corak yang menarik.


7 comments:

  1. Sama-sama. :) Ilmu dab pengalaman yang dipelajari adalah untuk dikongsi dengan semua.

    ReplyDelete
  2. Soalan sy... bila kentang diukir ats pmukaan potongannya.. adakah ia masih dipanggil CAPAN?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

    ReplyDelete
  4. 888sport Casino Review 2021 - DrmCD
    888sport offers a wide range of mobile and 동해 출장마사지 desktop gaming 인천광역 출장마사지 solutions 속초 출장마사지 including mobile sports, slots, 문경 출장샵 live casino, 인천광역 출장샵 live/in-play roulette,

    ReplyDelete