Saturday, 24 November 2012

Seni Visual :Teknik Lipatan


Melalui pembelajaran teknik lipatan kepada murid-murid, mereka akan berupaya untuk mengenal media melalui teknik dan proses yang bersesuaian. Mereka juga dapat menyatakan bahasa seni visual yang berkaitan dengan objek alam semula jadi, persekitaran, dan karya seni. Contoh objek alam semula jadi adalah seperti burung, katak dan rumput. Di samping itu, murid-murid juga akan berkemampuan untuk mempamer dan menceritakan karya seni sendiri.

Selepas pembelajaran ini, diharapkan murid-murid dapat mengaplikasikan teknik seni yang dipelajari, melihat seni dari persepsi estetik, mengekpresikan daya seni kreatif mereka dan mengapresiasikan teknik seni mereka. 


Gambar-gambar di bawah menunjukkan contoh hasil kerja lipatan, atau origami murid-murid dalalm kelas.




Berdasarkan gambar-gambar di atas, murid-murid berjaya menghasilkan hasil karya yang menarik. Mereka juga mampu mengaplikasikan teknik seni visual yang lain seperti mewarna dan melekat.

Video-video berikutnya menunjukkan cara-cara membuat origami yang banyak melibatkan teknik lipatan;







Saturday, 27 October 2012

Seni Visual: Teknik Menggunting


Teknik guntingan juga termasuk dalam pengajaran seni visual supaya murid dapat menyatakan dan mengenali jenis media yang digunakan seperti pensel, kad manila, kertas warna dan gunting. Selain itu, murid-murid juga dapat mengetahui konsep guntingan dengan lebih mendalam. 

Melalui teknik ini, murid-murid dapat mengenali pelbagai rupa (geometri), warna, imbangan (simetri), kontra (premier) dan harmoni (perulangan motif). Pada masa yang sama, guru juga berpeluang berinteraksi dengan murid-murid dan menerangkan unsur seni kepada mereka. Unsur-unsur seni  seperti jalinan dan warna adalah antara akar tunjang dalam seni visual. 


Teknik ini dapat dilaksanakan dengan melukis atau melakar bentuk atau gambar pada kepingan kertas lukisan. Kemudian, murid-murid menggunting mengikut lakaran motif. Dengan itu, hasil guntingan akan menyerupai lakaran tersebut. Pelbagai jenis kad warna bpleh digunakan untuk menghasilkan karya yang menarik dan berwarna-warni.

Di samping itu, murid-murid juga dapat menerokai prinsip rekaan dan anyaman.

Teknik ini boleh diaplikasikan dalam pembuatan kad-kad, penanda buku dan hiasan pada bekas pensel.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan hasil karya murid-murid;


Murid sedang menggunting bentuk mengikut lakaran.

Murid-murid bersama-sama menggunting bentuk mengikut lakaran. Melalui teknik ini, mereka dapat menpelajari makna berkongsi dan bekerjasama.

Salah satu hasil karya teknik menggunting.

Murid sedang menggunting bentuk mengikut garisan.
Video-video berikut memaparkan aplikasi dalam teknik guntingan dan prosesnya;


Teknik asas dalam menggunting.


Teknik guntingan dalam menghasilkan bentuk rama-rama.


Teknik menggunting dan melipat yang dapat menghasilkan bunga ros kertas yang menarik.


Aplikasi teknik melakar menggunakan bentuk yang sedia-ada dan teknik guntingan mengikut bentuk lakaran.



Kesimpulannya, teknik guntingan mempunyai pelbagai jenis aplikasi dalam menghasilkan karya yang begitu kreatif dan mempersonakan.



Seni Visual: Teknik Titisan


Objektif kepada teknik titisan adalah untuk memupuk dan melatih daya kreatif dan krisis murid-murid. Mereka juga akan didedahkan kepada media atau bahan seni yang lebih luas dan pelbagai.

Teknik ini boleh dilaksanakan dengan menitis titisan lilin ke atas kertas lukisan. Titisan tersebut boleh dititis ke mana-mana bahagian kertas. Kemudian, kertas lukisan itu akan diwarnakan dengan warna pilihan murid-murid. Akhir sekali, titisan lilin akan dikorek dan corak akan kelihatan jelas. Tujuan menitis titisan lilin terdahulu adalah untuk menyediakan corak yang tertentu dan rawak. Apabila titisan lilin dikorek, corak yang menarik akan terhasil.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan hasil kerja murid-murid;

Titisan lilin dikorek sebagai langkah terakhir dalam menyempurnakan  corak daripada teknik titisan.

Contoh hasil karya murid.

Contoh hasil karya murid.

Contoh hasil karya murid-murid.

Contoh hasil karya murid.


Secara kesimpulannya, teknik titisan dapat membuka ruan yang lebih besar kepada murid-murid untuk memupuk minat dalam seni visual.

Friday, 26 October 2012

Seni visual: Teknik Tiupan


Objektif kepada teknik ini adalah untuk memberi pengenalan kepada murid-murid bahawa dengan menggunkan media yang berlainan, corak yang dihasilkan adalah berlainan dan mempunyai keistimewaan masing-masing.  Teknik ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada murid utuk mempamerkan dan menceritakan karya seni sendiri.

Teknik tiupan amat mudah dipelajari dan dapat memberi kesan yang menarik dalam hasil karya murid-murid. Ia dapat dibuat dengan meniup titisan warna di atas kertas lukisan meggunakan straw ke pelbagai arah. Straw yang digunakan seharusnya lurus supaya tidak menganggu proses tiupan. Di samping itu, straw yang berlainan saiz digalakkan untuk teknik ini kerana diameter straw yang berlainan akan menghasilkan kelajuan tiupan angin yang berbeza. Oleh itu, hasil tiupan juga akan berbeza.Warna yang berbeza boleh ditiup ke arah yang sama untuk menghasilkan corak daripada pelbagai warna.

Aplikasi teknik adalah seperti bingkai gambar, corak baju, corak beg, kad, kertas pembalut hadiah dan lain-lain.

Corak yang dapat menghasilkan gambar kartun dengan menambah sedikit penghiasan.

Corak yang boleh digunakan sebagai kertas pembalut hadiah.

Teknik tiupan.

Teknik tiupan.

Pemandangan di padang rumput hasil daripada teknik tiupan.
Teknik tiupan yang menghasilkan corak seperti lukisan bunga.

Video-video berikutnya menunjukkan bagaimana teknik tiupan dihasilkan. Teknik ini juga boleh digunakan sebagai aktiviti seisi keluarga untuk mengeratkan hubungan masing-masing.







Sebagai kesimpulan, teknik ini juga seperti teknik capan. ia memiliki pelbagai kegunaan secara aplikasi dan mudah dipelajari.

Seni Visual: Teknik Capan


Objektif utama teknik ini adalah untuk memupuk minat and kreativiti individu dalam menghasilkan kerja seni visual dengan menggunakan bahan semula jadi.  


Capan ialah sejenis teknik megecap dengan menggunakan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza berbanding dengan cetakan kerana ia tidak memerlukan blok cetakan. Contoh bahan yang boleh digunakan adalah seperti cap jari atau kaki, cap tangan atau tapak kaki, bendi, dahan buah betik, peria, bawang, daun bunga-bungaan dan buah belimbing. Sayuran seperti kentang dan lobak juga boleh diguna dalam teknik capan. Ukiran boleh dibuat berdasarkan kreativiti and kemahiran individu. Pelbagai corak boleh diperolehi melalui teknik ini.

Dalam process ini, individu haruslah berhati-hati semasa menggunakan pisau untuk memotong dan jaga kebersihan supaya hasil seni tidak terlalu kotor. 

Berikut adalah contoh hashil seni visual daripada teknik capan;

    Hasil daripada bendi, dahan betik dan lain-lain.
                                         
                                   

 Hasil daripada tapak tangan.

                                       
 Hasil daripada kacang panjang dan bendi.

 Hasil capan daripada ukiran pada kentang dan lobak.

 Hasil daripada bendi dan kacang panjang.

                                   Cara-cara menyediakan bahan capan and menghasilkan capan.

Di samping itu, teknik capan boleh digunakan dalam penghasilan corak pada apron, baju dan beg. Video-video berikutnya menunjukkan kegunaan teknik capan di luar sekolah.





    Kesimpulannya, teknik capan sememangnya senang dibuat dan dapat meghasilkan corak yang menarik.