Teknik guntingan juga termasuk dalam pengajaran seni visual
supaya murid dapat menyatakan dan mengenali jenis media yang digunakan seperti pensel, kad manila, kertas warna dan gunting. Selain itu, murid-murid juga dapat mengetahui
konsep guntingan dengan lebih mendalam.
Melalui teknik ini, murid-murid dapat mengenali pelbagai
rupa (geometri), warna, imbangan (simetri), kontra (premier) dan harmoni
(perulangan motif). Pada masa yang sama, guru juga berpeluang berinteraksi
dengan murid-murid dan menerangkan unsur seni kepada mereka. Unsur-unsur
seni seperti jalinan dan warna adalah
antara akar tunjang dalam seni visual.
Teknik ini dapat dilaksanakan dengan melukis atau melakar
bentuk atau gambar pada kepingan kertas lukisan. Kemudian, murid-murid
menggunting mengikut lakaran motif. Dengan itu, hasil guntingan akan menyerupai
lakaran tersebut. Pelbagai jenis kad warna bpleh digunakan untuk menghasilkan
karya yang menarik dan berwarna-warni.
Di samping itu, murid-murid juga dapat menerokai prinsip rekaan dan anyaman.
Teknik ini boleh diaplikasikan dalam pembuatan kad-kad,
penanda buku dan hiasan pada bekas pensel.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan hasil karya murid-murid;
Murid sedang menggunting bentuk mengikut lakaran. |
Murid-murid bersama-sama menggunting bentuk mengikut lakaran. Melalui teknik ini, mereka dapat menpelajari makna berkongsi dan bekerjasama. |
Salah satu hasil karya teknik menggunting. |
Murid sedang menggunting bentuk mengikut garisan. |
Video-video berikut memaparkan aplikasi dalam teknik guntingan dan prosesnya;
Teknik asas dalam menggunting.
Teknik guntingan dalam menghasilkan bentuk rama-rama.
Teknik menggunting dan melipat yang dapat menghasilkan bunga ros kertas yang menarik.
Aplikasi teknik melakar menggunakan bentuk yang sedia-ada dan teknik guntingan mengikut bentuk lakaran.
Kesimpulannya, teknik guntingan mempunyai pelbagai jenis aplikasi dalam menghasilkan karya yang begitu kreatif dan mempersonakan.