Saturday, 27 October 2012

Seni Visual: Teknik Menggunting


Teknik guntingan juga termasuk dalam pengajaran seni visual supaya murid dapat menyatakan dan mengenali jenis media yang digunakan seperti pensel, kad manila, kertas warna dan gunting. Selain itu, murid-murid juga dapat mengetahui konsep guntingan dengan lebih mendalam. 

Melalui teknik ini, murid-murid dapat mengenali pelbagai rupa (geometri), warna, imbangan (simetri), kontra (premier) dan harmoni (perulangan motif). Pada masa yang sama, guru juga berpeluang berinteraksi dengan murid-murid dan menerangkan unsur seni kepada mereka. Unsur-unsur seni  seperti jalinan dan warna adalah antara akar tunjang dalam seni visual. 


Teknik ini dapat dilaksanakan dengan melukis atau melakar bentuk atau gambar pada kepingan kertas lukisan. Kemudian, murid-murid menggunting mengikut lakaran motif. Dengan itu, hasil guntingan akan menyerupai lakaran tersebut. Pelbagai jenis kad warna bpleh digunakan untuk menghasilkan karya yang menarik dan berwarna-warni.

Di samping itu, murid-murid juga dapat menerokai prinsip rekaan dan anyaman.

Teknik ini boleh diaplikasikan dalam pembuatan kad-kad, penanda buku dan hiasan pada bekas pensel.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan hasil karya murid-murid;


Murid sedang menggunting bentuk mengikut lakaran.

Murid-murid bersama-sama menggunting bentuk mengikut lakaran. Melalui teknik ini, mereka dapat menpelajari makna berkongsi dan bekerjasama.

Salah satu hasil karya teknik menggunting.

Murid sedang menggunting bentuk mengikut garisan.
Video-video berikut memaparkan aplikasi dalam teknik guntingan dan prosesnya;


Teknik asas dalam menggunting.


Teknik guntingan dalam menghasilkan bentuk rama-rama.


Teknik menggunting dan melipat yang dapat menghasilkan bunga ros kertas yang menarik.


Aplikasi teknik melakar menggunakan bentuk yang sedia-ada dan teknik guntingan mengikut bentuk lakaran.



Kesimpulannya, teknik guntingan mempunyai pelbagai jenis aplikasi dalam menghasilkan karya yang begitu kreatif dan mempersonakan.



No comments:

Post a Comment